Collagen Plus Vit E: Selamat Atau Tidak?

Assalamualaikum.





Collagen Plus Vit E... Ramai yang kata ia tidak selamat untuk digunakan. Saya pun salah seorang daripada mereka. Sebab? Kandungan merkuri dalam produk ini terlalu tinggi. Saya pun baru tahu tentang perkara ini.

Dulu, dalam 5 bulan yang lepas, saya pernah memakai collagen plus vit E, tapi pada masa itu, saya tak tahu produk ini sangat bahaya. Sampailah satu hari.....

(Kalau nak tahu kenalah baca sampai habis)

Pengalaman Saya

Alkisahnya begini, semasa bersekolah menengah, saya sangat aktif dalam aktiviti kawad memandangkan saya merupakan ahli persatuan kor kadet polis. Aktiviti berkawad di bawah matahari memang menjadi rutin harian kami. Jadi kulit terbakar memang perkara biasa bagi saya tambahan lagi saya bukanlah jenis gadis yang suka menjaga kecantikan. Apa yang saya fikir hanya belajar.

Selepas tamat sekolah menengah, saya tergerak hati untuk mencerahkan dan memperbaiki wajah saya. Kebetulan rakan di tempat kerja mencadangkan saya menggunakan Collagen Plus Vitamin E. Saya pun tanpa berfikir panjang terus menggunakan produk tersebut.

Selepas beberapa hari menggunakan saya boleh nampak perubahan yang sangat ketara. Mula-mula, kulit saya memang menggelupas dengan teruk, bersisik, pastu wajah jadi kemerah-merahan, pedih-pedik sikit. Saya ingatkan perkara iti sekadar simptom-simptom biasa.

Lama-lama, wajah menjadi lebih cerah, kulit lebih tegang dan tiada jerawat tumbuh. Tidak sampai sebulan saya pakai, kulit saya menjadi sangat cerah sehingga ditegur oleh orang sekeliling.

Memang ada beberapa orang puji, kulit saya cerah sangat, dah tak gelap macam waktu sekolah. Saya pun gembira sangat-sangat.

Pastu sampailah satu hari saya terbaca satu blog yang menulis tentang produk collagen Plus Vit E bahaya untuk digunakan. Memang pelik. Saya pun terus selidik pasal perkara ni.

Hasil penyelidikan saya di Google, ramai juga yang kata collagen plus vit E ini bahaya dan tidak selamat untuk digunakan. Jawapannya adalah kerana kandungan merkuri yang tinggi dalam krim malam dan krim siang nya. Dan kesan kewujudan merkuri pada wajah adalah simptom-simptom yang saya nyatakan di atas.

Merkuri ini memberi kesan yang buruk bukan sahaja kepada kulit wajah tapi organ dalaman seperti ginjal. Malah, ada juga mereka yang terkena kanser kulit selepas menggunakan collagen plus vit E dalam jangka masa yang panjang.

Lepas baca statement tersebut, saya memang stop terus pakai. Lagipun saya tiba-tiba terfikir, harganya sangatlah murah. Saya beli satu set tak sampai RM16.00 . Harga pasaran pun tak jauh beza, antara RM25.00- RM30.00. Tapi, kesan kecerahan kulit terjadi tak sampai seminggu. Betul ke kulit saya cerah secara normal atau sebenarnya bahan logam (merkuri) dalam krim itu yang menghakis wajah saya?

Walaupun ramai orang kata yang kesan-kesan buruk itu hanya untuk penggunaaan collagen plus vit E yang bukan original, tapi saya masih mengambil langkah berjaga-jaga. Pada saya, lebih baik kita mencegah daripada merawat.

Itu sedikit sebanyak pengalaman saya sendiri menggunakan collagen plus vit E. Mungkin pendapat orang lain berbeza dengan pengalaman saya tapi saya cuma nak menyatakan pendapat saya di sini bahawa Collagen Plus Vit E tidak selamat untuk digunakan.

Sekarang saya dalam proses nak membaiki kulit wajah saya sebab selepas berhenti menggunakan collagen plus vit E, warna kulit kembali kusam.

Saya cuba memperbaiki dari dalam dengan mengamalkan pengambilan suplemen Shaklee iaitu ESP Soy Protein Isolate Powder dan Sustained Released Vita C. Alhamdulillah kulit wajah menampakkan kesan positif dan saya akan terus mengamalkan ESP dan Vita C. Sekian.


Lots of Love,

Noor Aziemah
Shaklee ID: 1144358

Post a Comment

39 Comments

  1. lepas awak pakai set tu muka memang bersih en..tapi bila awak dah berhenti dan pakai lain muka jadi lebih teruk ke atau macam biasa je ??? (just nak tanya je)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye. Selalu gitu. Bila berenti memang muka teruk sangat sangat.

      Delete
    2. saya pun baru berhenti slow slow...dia jadi kusam sebab collagen e first2 je bagi effect yang baik,lama lama muka jadi teruk,berlubang lubang sebab jerawat and saya tukar kepada skincare simplysiti terus oky ☺

      Delete
    3. Pakai je serum birdness

      Delete
  2. So now akak pakai yang shaklee tu okey tak? Sebab i pernah pakai vit c collagen tu and now dah stop sebab lepas berapa bulan pakai tetiba jerawat gajah timbul and i rasa sebab penggunaan collagen tu. And then now dah makin pudar sikit parut sebab i dah guna ubat parut dari garnier.

    ReplyDelete
  3. Sorry not garnier but guardian 😂

    ReplyDelete
  4. Memang takut kan guna produk yang ada merkuri ni, kesan putih memang cepat ah

    ReplyDelete
  5. Saya ade kwn yg pakai ni . Semua orang tegur dia comel . Dia pun suka . Dia tahu ade keburukan tapi dia cakap dia tak kisah daripada tak dipandang dan takde orang tertarik . Huhu

    ReplyDelete
  6. saya pakai produk ni sekarang , bila baca ni rasa takut pulak tapi bila nak berhenti takut kulit muka breakout

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan stop sebab saya stop muka breakout smpai skrg

      Delete
    2. Then mcm mna nk stop?Makin guna Makin teruk?

      Delete
    3. Awak cuba pakai simple haa saya pakai dh bebulan produk ni tapi tkda kesan lah smgt just jerawat gajah je patu hilanh sndiri breakout tu perkara biasa buat bekam terus baik haa sebb drah ni mengndungi kimia kan kene buang

      Delete
  7. I use this product almost 4 years .. then bila i stop pakai mmg muke kmbali pada asal laa .. terpikir nk pakai balik tapi enth laa rasa was2 pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila stop tu muka kembali asal je kn. Tp ada breakout teruk ke?

      Delete
  8. Takut plak saya nak pakai sekarang!

    ReplyDelete
  9. sejak ii saya berhenti pakai collagen , muka saya breakout teruk ��

    ReplyDelete
  10. betoi sy dah pakai 5 tahun. muka elok lincin mcm anak patung ramai tegur pakai apa.pas dpt tau collage bahaya trus stop smpai skrg. 2 tahun dah stop. kulit tk truk cuma tk comey mcm dulu lah. huhu. naik bintik2 normal la tu kan. rasa nk pakai balik pon ada sbb dah byk try skin care lain tetap muka mcm ni . lani mkn vit c ja. oke la sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..dulu pakai kulit cantik sgt..pori2 kecil, licin n gebu..semua geram tgk kulit.. skrg pn dah stop..kulit jadi kusam huhu.. geram je nk pakai balik

      Delete
  11. Saya dah berhenti pakai collagen, beralih ke cream puteri ratu 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana lagi best collagen plus vit e dgn puteri ratu tu?? Kesan mana cpt??

      Delete
    2. Kesan yg nampk lagi crpat ofc la collagen,tpi sngat berbahaya,kalau tededah dengan panas boleh nmpk cepat sngat muka nk tebakar,tebakar dia teruk sangat,sumpah.n nak bgi cerh balik,i try pakai balik collagen ni,pastu mmng la cerh balik,tpi jerawat teraborr ataih dahi

      Delete
  12. Aku rasa ok collagen ni.. tapi kena pakai yg ORIGINAL la.. member aku lelaki glowing nk mapus pakai collagen ni.. ramai org tegur hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye saya pon..makcik saya pon kata kalau nak pakai kena pastikan betul betul original..saya sampai sekarang pakai 😂

      Delete
    2. Sy pun pkai sampai skrg. Tp yg original

      Delete
    3. mcm mana nk tau yg ori ngan yg fake? saya pakai awal tahun 2019 memang cantik kulit tp oleh kerna kwn2 kata cpve ni bahaya semua suh stop.. bila stop muka jd kusam.. dah puas cuba skincare jual kat drugstore tp smua x ngam.. makin naik darkspot kat hdung tepi bwh mata.. alahaiii stress bila fikir...

      Delete
    4. Btul tu kena pakai yg ori...

      Delete
  13. cream malam je yg ade merkuri

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe bole pakai selang seli hari kot..

      Delete
  14. Baru je beli lepas bce ni takut pulak nak pkai hmmmm

    ReplyDelete
  15. dia boleh pakai tapi kene pakai sunblock

    ReplyDelete
  16. HAHAHAHA baca semua komen ni memang lain2 pendapat aihh.. taktaulaa kalau bahaya kenapa produk ni still masih boleh dikeluarkan? kenapa pihak bertanggungjawab tak buat sesuatu ke? dan kenapa masih dipasarkan lagi kalau dah tau bahaya.. mana pihak yang bertanggungjawab? hmm😞

    ReplyDelete
  17. uolls try cara i , masa nak pakai cream malam pastikan muka dlm keadaan basah . Lepastu cream tu calit sikit sikit je . Sbb cream ada merkuri kan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh jadi nk safe kena basahkan muka lah bila nk pakai krim mlm letak pon sikit je kan ?? Haii saya jadi takut lak nk pakai tapi yg saya guna original

      Delete
  18. Mcm mn nak tahu ori atau tidak

    ReplyDelete
  19. pada pendapat saya, cream malam je yang takboleh pakai hari hari, nanti jerawat akan naik, so better selang selang hari :)

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum, saya dah pakai collagen vitamin e dah 4 tahun.. alhamdulillah sesuai dngn kulit saya .. dalam masa 4 thn tu ada lah say try beberapa kali stop pakai alhamdulillah takde apa2 side effect teruk seperti khabar angin katakan.. saya juga telah memeriksa bahawa ada lulusan KKM ke tidak... alhamdulillah collagen plus vitamin e ada lulusan KKM dan sama sekali tidak tersenarai dalam skin care berbahaya mahupun cosmetict.. di sini nak kata mana2 skin care bergantung pada jenis kulit .. maybe sesetengah produk tidak sesuai dngn jenis kulit anda .. sekian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh nya, nak dapat kulit licin punya pasal ade sanggup pakai walaupun tahu ade mercury. Produk yang ade mercury ni kalau pakai memang cepat kesan dia, lagi cepat kesan dia lagi tinggi mercury yang ade dalam produk. Yang mana bodoh sangat tu pergilah google apa side effects mercury tu ya. Pakai yang original la apela, ori ke tak ori same je ade mercury 😒

      Delete