Jom Audit Diri Untuk Jadi Insan Yang Berjaya!

Assalamualaikum.


Pada hari ini saya nak kongsi dengan anda para budiman sekalian tentang enam ciri-ciri orang yang berjaya. Anda nak berjaya tak? Haa, bolehlah kita semua audit diri untuk menjadi lebih baik.

1. Bersyukur




Apa pun jumlah yang kita dapat, kita dituntut untuk bersyukur. Asas bersyukur itu sentiasa akan wujud walaupun sesetengah orang memandangnya satu kekurangan. Walaupun tiada duit, tapi dia perlu bersyukur kerana masih hidup. Kalau tiada makanan yang banyak banyak juga yang perlu disyukuri kerana masih ada makanan walaupun hanya nasi kosong.

Bila bersyukur dengan yang sedikit, Allah akan gantikan dengan yang lebih banyak. Tetapi kalau tidak bersyukur dengan yang banyak, ia akan menjadi sedikit.


2. Berterima kasih.




Berterima kasih adalah asas kepada The Power of Gratitude. Lagi banyak kita ucap terima kasih dan bersyukur, lagi banyak Dia akan tambah. Solat adalah tanda kita bersyukur. Lagi banyak dan ikhlas solat, lagi banyak kita bersyukur.


3. Bersedekah.




Pernah tak anda dengar kata-kata ini:

What you give, you will get back.
The more you give, the more you get.

Saya rasa dah ramai yang tahu kata-kata ini. Lagi banyak anda memberi, lagilah anda terpaksa menjadi kaya. Kenapa? Isunya adalah sebab keberkatan. Kalau bersedekah RM7 setahun, tengoklah apa yang Allah berikan pulangan kepadanya. Gaji RM24 ribu setahun, nak buat korban satu bahagian RM480 pun jenuh kemut.

Inilah puncanya apabila tidak menjadi golongan yang bersyukur.

Tapi, jika anda mula bersyukur, hidup anda pasti berubah dan anda pasti akan terkejut. Segala masalah yang kita hadapi hari ini semuanya datang daripada Allah. Itu adalah ujian. Itu adalah dugaan. Bagaimana ingin dikatakan sebagai orang yang beriman jika kita tidak diuji?

Hanya Dia sahaja yang boleh memberi dan menarik balik segalanya. Walaupun kita yang cipta masalah tersebut dek kejahilan kita, kita perlu memohon bantuan dariNya untuk hilangkan segala masalah tersebut dan baliklah kepadaNya.




4. Sujud




Berapa banyak kita sujud kepadaNya? Orang yang tidak sujud sebenarnya adalah pengejar dunia. Secara logiknya, benda yang dikejar sememangnya akan lari.

Tapi kalau kita sujud kepadaNya, dunia ini adalah milikNya dan Dia berkuasa berikan dunia itu kepada kita. Saya percaya ramai yang solat, tapi mungkin ada yang masih belum memperbaiki sujudnya.

Berapa banyak Solat Dhuha, Solat Tahajjud, sunat-sunat yang lain sebagai tambahan, tidakkah makin banyak kita bersujud, makin Allah sujudkan dunia kepada kita? Kemudian barulah kita akan dapat banyak. Kalau tiada sujud, usahalah sampai terbelahak pun, akhirnya duduklah main biola lagu sedih sebab Allah tak sujudkan dunia untuk kita.




5. Selawat

Tidak kisahlah berselawat pendek atau selawat panjang, yang penting selawatlah tanda terima kasihku kepada Allah yang membawa rahmat keseluruh alam. Allah dan malaikat berselawat ke atas Baginda, kenapa masih ada kesombongan dalam diri kita untuk tidak berselawat kepadanya?

Kita selawat, Nabi gembira, Allah turut gembira. Fikirkan apa yang akan berlaku pada hidup kita apabila Allah gembira...




6. Suci

Sucikan diri dengan istigfar.




Selalu mohon kemaafan daripada semua sama ada silap atau tidak. Terutamanya, selalulah mohon kemaafan dari ibu bapa seolah-olah kita tak akan berjumpa lagi supaya jelas segala keberkatan. Lakukan sekurang-kurangnya 100 kali.

Semoga entri ini membawa manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.


Salam sayang,

~Noor Aziemah~
Letaklah Akhirat Dalam Hatimu, Nescaya Kau Akan Mendapat Kedua-duanya, Dunia dan Akhirat.

Post a Comment

3 Comments

  1. Aziemah.. terkesan di hati akak.. terima kasih atas perkongsian tazkirah ni..

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar....baca artikel ni...terasa diri ni jahil sangat. TQ atas perkongsian ni.

    ReplyDelete