18 October 2014

Tips Murah Rezeki

Assalamualaikum


Apa khabar sahabat-sahabat dan saudara-saudara saya sekalian? Saya doakan anda semua kaya dan berjaya, dipermudahkan segala urusan di dunia dan diakhirat.

Alhamdulillah.

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda salah satu tips menjemput rezeki. InsyaAllah jika diamalkan, kita akan lebih mudah untuk menjemput rezeki dalam kehidupan. Tips ini saya pelajari daripada mentor saya.

Seperti yang saya beritahu sebelum ini, dalam kumpulan MFMS, kami diajar dengan teknik jemput-jemput. Dengan menggunakan teknik ini, kami tidak perlu mencari customer tetapi customer yang mencari kami.

Alhamdulillah, bila saya mempraktikkan teknik jemput-jemput, saya menjadi lebih mudah untuk membuat sales. Salah satu teknik jemput-jemput adalah amalan menjemput rezeki ataupun kami gelar sebagai Master Checklist.

Salah satu amalan dalam Master Checklist yang saya ingin kongsi dengan anda ialah amalan membaca ayat murah rezeki.




"Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis."

Semoga tips ini bermanfaat untuk anda. Jika anda rasa tips ini bermanfaat, anda boleh klik button like dan share. Semoga rakan-rakan anda juga dapat manfaat dengan mengamalkan tips ini. InsyaAllah.

Salam sayang,

~Noor Aziemah~
Memberi Memberi dan Terus Memberi Sehingga Dijemput Pergi

5 comments:

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI