Tips Mudahnya Menjemput Rezeki #1

Assalamualaikum.


Hari ini saya nak kongsi dengan anda salah satu teknik Mudahnya Menjemput Rezeki.

Saya rasa ramai yang sudah tahu dan mungkin ramai yang kerap melakukannya. Kalau anda nak tahu, sebenarnya inilah tips yang diamalkan oleh kebanyakan jutawan yang beragama Islam. Amalan yang sunat dilakukan tetapi banyak kelebihannya iaitu.... Solat Sunat Dhuha


Jika anda antara yang konsisten melaksanakannya, Tahniah saya ucapkan. Anda memang hebat!

Pengalaman Sendiri

Alhamdulillah, saya sendiri dalam proses untuk mendisiplinkan diri untuk konsisten Solat Dhuha ini.

Dahulu, saya pernah buat Solat Sunat Dhuha semasa masih di sekolah. Masa tu buat sebab ikut kawan. Alhamdulillah, nasib saya baik sebab dikelilingi rakan-rakan yang baik-baik. Bila saya lihat rakan-rakan saya buat Solat Sunat Dhuha, saya pun cenderung untuk ikut sekali.

Masa tu tak tahu pun Solat Dhuha ni apa tujuannya dan apa kelebihannya.

Waktu rehat, lepas makan tu, singgah surau kejap. Buat Solat Dhuha 2 rakaat. Lama-lama, walaupun kawan dah tak buat, saya tetap buat juga masa di sekolah. Sebab dah jadi habit. Dah jadi tabiat. Kalau tak pergi surau masa waktu rehat, rasa macam lain je.


Tapi, lepas dah habis sekolah. Dah tak buat Solat Dhuha.

Bila dah kerja, lagilah tak buat. Mula-mula rasa ralat juga, tapi saya sedapkan hati saya dengan alasan-alasan sehingga saya tidak rasa ralat lagi.

"Tak apalah, aku sibuklah"

"Tak apalah, aku mana ada masa nak Solat Dhuha"

"Tak apalah, sunat je pun. Bukannya wajib"

Perkataan "tak apalah" ini memang bahaya. Bila fikir-fikir balik, kenapalah aku kerap sangat bagi alasan dekat diri sendiri. Lama-lama, memang saya dah tak buat Solat Dhuha ini.

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang.

Sampai satu ketika, saya menyertai team bisnes di bawah Empayar Maria Firdaus yang dipanggil team MFMS. Dalam kumpulan ini, saya ditekankan dengan amalan menjemput rezeki yang digelar Master Checklist.

Master Checklist ini adalah amalan-amalan yang dilaksanakan untuk menarik kejaayan, kekayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Sebenarnya, kekayaan itu lebih mudah ditarik daripada dikejar.

Kekayaan dan Kejayaan itu lebih mudah ditarik daripada dikejar. Maka, kejarlah ia melalui Dia yang hakiki.

Jadi, dengan mengamalkan Master Checklist ini, kami diajar bagaimana untuk menarik kejayaan dan kekayaan di dunia dan di akhirat.

Amazingly, salah satu amalan yang amat amat dititikberatkan adalah Solat Sunat Dhuha!

Rupa-rupanya, Solat Dhuha ini banyak kelebihannya. Solat ini dianggap sebagai ganti kepada sedekah yang perlu dilakukan oleh setiap sendi yang ada pada tubuh manusia.

"Menjelang pagi setiap tulang sendi individu memerlukan sedekah. Oleh itu, setiap tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah. Menyeru kepada kebaikan adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah. Semua perbuatan itu sama nilainya dengan dua rakaat Solat Dhuha"

 

Jika anda belum cuba dirikan Solat Dhuha ini, saya sarankan anda untuk cuba melakasanakannya dan cuba konsisten. Pada mulanya, mungkin sukar untuk konsisten, lebih-lebih lagi kita sibuk dengan kerja-kerja di tempat kerja pada waktu pagi.

Tetapi, cubalah anda berikan 15-20 minit setiap hari untuk lakukan Solat Dhuha ini, Banyak kelebihannya.




Rasulullah s.a.w. pernah berkata,
"Sekiranya kamu bersolat dhuha 2 rakaat, kamu tidak ditulis sebagai orang yang lupa. Sekiranya kamu bersolat empat rakaat, kamu pastu ditulis sebagai orang yang baik. Sekiranya kamu bersolat enam rakaat, kamu pasti ditulis sebagai orang yang beribadah. Sekiranya kamu bersolat lapan rakaat, kamu pasti ditulis sebagai orang yang berjaya. Sekiranya kamu bersolat 10 rakaat, kamu tidak ditulis sebagai orang yang berdosa pada hari itu. Sekiranya kamu bersolat 12 rakaat, maka Allah akan membina sebuah rumah untuk kamu di dalam Syurga"
Semoga kita semua konsisten dan ikhlas dalam beribadah kepadaNya. InsyaAllah

Salam Sayang,

~Noor Aziemah~
Letaklah Akhirat Dalam Hatimu, Nescaya Kau Akan Mendapat Kedua-Duanya, Dunia Dan Akhirat.

Post a Comment

4 Comments