Assalamualaikum
Azie dah lama teringin nak berjalan-jalan ke Kelantan sebab orang kata dekat sana banyak tempat makan best-best. Sesuai kalau nak food hunting di sana. Tetapi nak buat macam mana, belum rezeki Azie lagi nak sampai ke Kelantan.
So Azie akan save dulu mana-mana thread yang muncul di twitter Azie yang berkaitan dengan Kelantan. Actually bukan kelantan je, tapi yang berkaitan dengan tips travelling, bercuti etc. Semua Azie akan save atau bookmark. Di FB pun Azie buat macam tu.
Harini nak share dengan anda semua thread daripada seorang pengguna twitter iaitu @HelenaNasir_ tentang percutian dia di Kelantan. Jom kita tengok apa yang dia buat di Kelantan baru-baru ni.
Okay since ramai yang sapot. Aku mulakan. Bismillah. Aku pergi Kelantan sebab utama nak tahu betul ke Kelantan takda apa? Tak menarik dan tak best? Second, sebab aku dah merantau hampir ke semua negeri cuma Kelantan je tak pernah jejak. Then, aku nak explore kelantan jugak.
Aku naik flight RM54 pergi balik bersama 3 sekawan. So kami berempat. Kami stay sana 3 hari 2 malam dekat hotel di Kota Bharu City Point (KBCP) yang berharga RM120 semalam. So sorang bayar RM60 je which is jimat untuk kami. Gambar amik dari google, takdan nak amik sebab teruja.
Ok first, kami berjalan ke Kelantan ni memang tak pakai kereta sewa sebab Grab dah ada. So nak pergi memana memang senang dan mudah. Tak payah keluar banyak duit untuk transport je. Kalau kereta sewa kena isi minyak lagi, bergaduh siapa kena drive lagi, sesat lagi.
Tempat Best di Kelantan.
1. Warung Pok Mat.
Semua mesti dah familiar dengan tempat ni sebab Teh Tarik Madu dia dengan sup ikan. Tek tarik madu RM4.20 kalau special RM10. Special letak ice cream. Lokchin @ satay ikan 4 cucuk RM1.
2. Pantai Cahaya Bulan, Maggi Ketam dan Maggi Udang Galah @ Warung Kijang
Pantai tak ada apa, ada warung je tapi harga mahal. Cekik darah. Pokcik grab bawa kami makan maggi ketam dengan udang dekat warung kijang harga RM10 satu mangkuk. Kalau kedai lain harga ikut timbang.
3. Minum petang @ Anjung Muara kedai Tok Kassim.
Sini ada coconut shake, buah kelapa dia rasa weh. Kalah Klebeng. Harga pun murah. Lagi satu udang Celop tepung RM10 satu pinggan. Rangup. Nak makan sotong tapi dah habis. Warung ni ada sotong, ikan dan udang je.
Lepas maghrib, kemi gerak ke Wakaf Che Yeh. Wakaf ni macam uptown. Dia function bila malam khamis sampai ahad. Kami pergi hari isnin. Kedai buka cam biasa. tapi tak ramai orang. Senang belek barang murah dan selesa untuk berjalan tak sesak.
5. White House Coffee
Supper kitaorg makan roti bakar dengan kopi o. Not bad just nice. Boleh lah datang, kedai dia kecik je. Tempat pun limited. First day tak dinner pun terus supper.
6. Kedai Din Tokyo
Kedai ni famous dengan murtabak tapi malangnya dia start menjual pukul 2 petang. So tak dapat nak rasa, tapi kiteorang breakfast nasi tumpang dia. Sedap. Nasi Tumpang ada nasi impit, serunding dengan kuah ikan tongkol.
7. Art Street
Art street sini tak macam art street negeri lain. Sini lebih kepada dakwah secara halus sampai tersentap, nak selfie pun rasa bersalah. Tak susah pun nak cari sebab sederet je kalau macam kat Penang, dia bersepah.
Pasar di dalam bangunan jual barang basah macam ikan, ayam, udang. Luar jual kuih muih dengan buah-buahan. Cantiklah untuk iolls yang jakun dengan warna warna kat dinding tu.
9. Nasi Ulam Cikgu @ Jalan Istana
Nasi Ulam dia terbaik. Ikan ikan pun murah. Sambal belacan dia sedap. Pedas tak terkata. Harga murah dan berbaloi. Paling mahal pun ayam bakar RM6.
10. Rantau Panjang @ Sungai Golok.
Dah settle jalan Kota Bharu, kami gi Rantau Panjang dengan harga grab RM100 pergi balik. Sorang RM25. And paling tak disangka, pokcik tu bawa kiteorg sampai ke Sungai Golok. Dapatlah experience naik sampan yang berharga RM4 pergi balik. Best.
Dekat area sini tak boleh tangkap gambar dengan askar-askar Malaysia mahupun Thailang. Dorang tak benarkan. Kalau tak, kita kena denda. Setiap kawasan nak ke Thailand, ada yang menjaga. Bila kiteorg lalu, sepanjang laluan nak ke Thailand, ada je yang dah sedia dengan senapang.
Disebabkan kami gegirls tak berani nak pergi jalan jejauh masuk Thailand sebab orang sana offer motor sewa RM5 tak silap kalau nak jejalan kawasan dorang. Lain kali jelah.
11. Masjid Beijing, Sleeping Buddha, Temple lupa nama, sempadan Tak Bai Thailand
Kami otw balik ke Kota Bharu, Pokcik ni walaupun bayar ikut fare grab ke Kota Bharu, dia singgah Tumpat untuk bawa kami tempat-tempat menarik. Service grab dia terbaik. World class. Murah rezeki.
12. Sup Belut Tali Air.
Makanan tomyam campur dia sedap. 3 ekor ikan kembung pedas pun sedap sampai pokcik pun terkejut sebab kami tambah nasi lagi. Piranha ye memasing. Harga RM50 untuk 5 orang makan. Berbaloi dan murah.
13. Kopitiam Kita.
Kopitiam kita famous dengan Roti Titab dia. Gebu dan lembut. Harga pun pokcik tu kata dah naik sikit. Boleh lah buat breakfast kami.
14. Nasi Kerabu Panji
Nasi kerabu dia, sedap weh. Iolls ni dahlah susah nak makan benda yang bukan ruji. Tapi member kata kambing dia sedap. Nasi kerabu ni lembut. Kena try! Harga tak tahu sebab pokcik lanje.
15. Pantai Senok @ Pulau Nami Malaysia
Yang ni memang kena gi untuk orang yang berangan nak ke Korea macam aku. Pokok dia macam dekat Pulau Nami. Cantik.
16. Rumah arwah Tok Guru Nik Aziz
Alhamdulillah, dapat gak menziarahi rumah tok guru. Rumah dia dikelilingi masjid dan sekolah tahfiz. Pokcik kato, dulu mudah Tok guru nak ke sejid dan melawat anak murid dia. Al fatihah.
Conclusion nya...
Klate is the best and Klate bukannya takda apa. Cuma kita kena pandai explore. Bagi yang first time datang klate, kita memang rasa excited sebab makanan dia murah and susah nak dapat kat memana. You should go then :)
Semoga post ini bermanfaat walaupun bukan daripada Azie. Credit: Twitter @HelenaNasir_
0 Comments