Tips Nak Dapat Dean List Bagi Student Dietitic

Assalamualaikum.

Perkara pertama yang seorang student target kalau dah masuk universiti/kolej mesti nak dapat 4flat. Tipulah kalau takde keinginan nak rasa 4flat walau sekali saja seumur hidup kan. Perkara kedua yang student target pulak nak Dean List. Haa ni kedua sebab rasa 4flat tu susah sangat. Macam Azie. Memang selalu target 4flat tapi along the semester tu target pun menurun jadi Dean List je. Haha

Lepas jawab exam pulak, target atas 3.0 pun kira okay lah. Ada yang target asal lulus saja pun okay lah. Jangan fail sudah. Azie last semester (semester kedua tahun kedua) takut gila dengan subjek RKUD atau nama penuhnya Philosophy of Science. Semua student UIA kena belajar subjek ni as university required subjek. So memang tak boleh lari.

Masa final exam, rasa macam tak boleh jawab langsung. Rasa macam akan fail subjek tu. Ye lah sebab masa Mid Sem pun bukannya boleh jawab subjek tu betul-betul. Carry mark pun tak tau berapa. Memang lepas habis exam tu down gila. Sampai dah terbayang yang Azie akan repeat subjek RKUD ni.

Tapi orang kata kena berjaga-jaga dengan apa yang kita fikir. We attract what we think. So Azie tawakal je masa tu and doa banyak-banyak supaya Azie lulus subjek tu. Itu je harapan Azie sepanjang tunggu result sem lepas.

Alhamdulillah, Azie lulus subjek tu dengan gred B+. Okay lah kann. Dalam tak boleh jawab exam tu, dah lulus pun Azie bersyukur sangat.

Alhamdulillah jugak, GPA Azie sem lepas adalah yang paling tinggi antara keempat-empat semester (satu tahun ada dua semester). Dan CGPA Azie masih ada harapan untuk Azie grad dengan first class honour. Cumanya kena usaha lebih lah untuk lagi empat semester berbaki, since Azie ada dua tahun lagi before grad.

Dalam masa dua tahun ni, macam-macam boleh berlaku huhu. Dan dua tahun terakhir sebagai students degree of course lah lagi mencabar daripada dua tahun pertama kan. Tahun ketiga kita orang dah ada Final Year Project tapi disebut sebagai Research Project in Dietitic (RPID). 

RPID ni contact hour dia enam youalls. Kalau dapat A memang heaven gila. Kalau dapat B memang akan jatuh menjunam lah CGPA kita orang. Tahun terakhir pulak clinical year bagi student Dietitic UIA. Macam praktikal la. Kita orang kena pergi hospital dan kerja as dietician. Along the way mesti banyak gila assessment presentation kena buat.

So memang makin susah lah nak skor A untuk setiap subjek. Kalian tolong doakan Azie ye. Sebab Azie rasa selama ni Azie punya results okay pun bukan atas usaha Azie sendiri tapi atas doa orang-orang disekeliling Azie yang mendoakan Azie. Azie pun akan doakan kalian berjaya di dunia dan akhirat.





So beberapa tips untuk adik-adik yang bakal masuk kos Dietitic di UIA Kuantan.

1. Sila Jaga Amalan Rohani Anda
Azie mulakan tips nombor satu Azie dengan amalan rohani sebab bagi Azie benda pertama kalau na berjaya memang wajib jaga amalan rohani kita. Amalan rohani ni termasuk yang wajib dan yang sunat. Azie bukan nak berlagak ye. Just Azie nak ingatkan yang Allah yang bagi kita result kita so jaga hubungan dengan Allah.

Jaga solat 5 waktu kita. Solat di awal waktu kalau boleh. Tinggalkan benda-benda yang haram dibuat. Benda-benda yang Allah larang kena tinggalkan. Azie faham kita ni manusia biasa, adakala iman kita naik adakala iman kita turun. So waktu iman kita tengah turun tu, sebolehnya jangan tinggal solat langsung. Dan sebolehnya cuba untuk tinggalkan dosa yang kita tengah buat tu (kalau ada).

Ni paling basic. Solat jangan tinggal. Tinggalkan dosa-dosa. Lepastu, jika ada kekuatan, upgrade diri dengan pergi majlis ilmu berkaitan ilmu fardhu ain. Okay ni nak bagitau sebenarnya, belajar ilmu fardhu ain hukumnya wajib. Azie belum lagi masukkan amalan-amalan sunat yang lain seperti solat Dhuha, solat tahajud etc. Bukan nak kata tak perlu buat solat Dhuha, Tahajud etc.

Cuma ketahuilah anda semua yang belajar ilmu Fardhu Ain itu tinggi pahalanya dan nilanya. Ada Hadith mengatakan bahawa jika kita belajar 1 bab ilmu Fardhu Ain, pahalanya lebih baik daripada kita melakukan solat sunat 1000 rakaat.

So berbaloi kan. 1 bab = 1000 rakaat solat sunat. Baik kita pergi belajar fardhu ain.

Okay, lepas tu baru kita upgrade diri kita dengan baca al-Quran, solat sunat dhuha, solat tahajud, solat hajat etc. Kalau baru nak start buat, jangan terus buat semua, tapi pilih satu kemudian cuba untuk buat secara berterusan. Istiqamah. Ini lebih baik daripada buat semua tapi tak istiqamah.


2. Mulakan Daripada Awal.
Kalau adik-adik baru nak masuk first year, target untuk belajar betul-betul daripada awal sem. Subjek-subjek masa tahun pertama ni sebenarnya yang paling senang walaupun kalian rasa susah. Ye lah, bila dah masuk second year dah rasa subjek yang lagi susah mestilah akak kata yang subjek first year senang kan. Hahaha.

Tapi serious, first year adalah tahun yang paling senang nak score GPA yang tinggi sebab subjek anda kebanyakannya melibatkan pemahaman dan hafalan. Anda perlu faham dan perlu hafal apa yang anda belajar. InsyaAllah benda jadi mudah untuk anda masa final nanti.

Ada orang bila dia faham dia terus ingat. Macam Azie, faham tu memang lah faham tapi tak ingat haha. Ye lah dah banyak sangat fakta kena ingat. So cadangan akak, lepas class tu, terus fahamkan apa yang dah belajar dalam class lepas tu terus hafal. Buatlah macam mana pun, janji adik-adik faham dan hafal sehari-dua hari lepas class tu jugak.

Kalau adik-adik buat camni kan insyaAllah masa final exam senang nak score. Sebab dah start belajar dari awal lepas tu faham dan hafal pulak tu. Akak dulu banyak main-main lepas tu study last minute. Tak dapatlah 4flat.





3. Carry Mark Kena Jaga.
Assignment, Tutorial, Presentation, Quiz dan Mid Sem Exam jangan pandang ringan. Markah daripada semua ni lah yang akan membantu gred kalian. Sebab carry mark kan 60%. Masa first year akak dapat banyak assignment group yang kena buat video. So nak tak nak memang kena belajar buat video.

Macam akak langsung tak pandai buat video. So akak offer diri untuk jadi pelakon ke, guna suara akak ke, apa-apa lah yang berguna untuk video tu. Time ni kerjasama memanglah penting. Korang takkan dapat survive dengan bergerak sendiri. Banyak kerja kena buat. Bukan satu subjek je yang ada assignment so teamwork memang kena kuat.

Dan untuk teamwork yang kuat, ia membawa kepada tips no empat.


4. Pilih Rakan Sepasukan untuk Group Assignment yang Boleh Buat Kerja.
Macam mana nak siap assignment kalau ahli asyik gaduh je kan atau bermasam muka. Ataupun ada ahli yang tak buat kerja, atau buat kerja main-main. Group assignment ni markah satu group sama, so pilih kawan nak buat kerja tu betul-betul. Kalau boleh, yang kita tahu cara kerja dia. Dan kita selesa bekerja dengan dia. Okay?




5. Buat Banyak Latihan.
Kalau adik-adik dalam tahun kedua Dietitik di UIA, adik-adik akan belajar satu subjek yang dipanggil Nutrition Assessment Analysis. Dalam subjek ni ada topic menu planning. Menu planning is our core business bak kata lecturer akak, Dr Azwani. Menu planning adalah our main job masa dah kerja nanti. So adik-adik memang kena master benda ni. Menu planning ni involve agak banyak calculation. 

Calculation dia senang je actually tambah tolak bahagi darab percentage tetapi dia akan jadi susah bila tak dapat match dengan calculation awal. Nanti adik-adik akan belajar la. So bila dah start belajar Menu Planning ni, tolong lah buat latihan sendiri. Kalau tak faham, sila tanya orang yang faham. Lepas tu buat practice sendiri banyak kali sampai dah boleh buat kira-kira bagi lah nombor berapa pun.

Kenapa akak suruh buat latihan banyak? Sebab nanti ada Skill Test on Menu Planning. Adik-adik kena buat caalculation yang banyak tu lepastu plan menu based on calorie yang dah dikira awal tadi tu, semuanya dalam masa 1 jam 30 minit saja, kalau tak silap. Menu Planning ni masa awal-awal belajar akan pening sikit sebab nak ingat formula, nak ingat exchange size makanan, nak kena plan menu. So buat banyak latihan ye.


6. Tanya senior
Senior kita tu dah lalui tahun tu, dah belajar subjek tu, dah tau apa yang betul dan apa yang salah. So kalau rasa tak faham tu, cuba tanya senior. Sebab skill test ni menyumbang banyak markah tau and Dr akan buat skill test lepas satu class dan lepas satu tutorial je, sedangkan kita tak familiar lagi dengan benda yang ita baru belajar tu. So boleh tanya senior kita macam mana nak buat.


7. Fokus Masa Dalam Class & Tulis Any Important Notes
Masa lecturer tengah mengajar, cabaran yang paling utama adalah mengantuk. Student memang confirm-confirm akan mengantuk. Bila mengantuk, tak boleh fokus. Bila tak fokus, of course kita tak belajar apa-apa waktu itu. Kadang-kadang lecturer suka bagi hint topic mana yang dia suka letak dalam soalan final exam. So bila tak fokus, kita terlepas point ni.

Masa last semester, subject yang paling mencabar bagi Azie adalah Medical Nutrition Therapy atau MNT. Subject ni empat jam dan sangat dry. All the medical terms kena ingat. Cara makan yang betul kena ingat. Memang dry betul lah. Tapi subjek ni empat kredit hour. Maknanya memang sangat-sangat penting untuk faham dan skor subjek ni. Tak boleh terlepas info walau sedikitpun.

So apa Azie buat? Azie minum cinch tea before datang class. Membantu sangat! Sepanjang class tak mengantuk. Bertenaga je sampai habis class tu. So Cinch Tea memang dah jadi produk yang wajib Azie ambil setiap hari untuk stay fokus dalam class.







Actually, banyak je lagi tips tips cliche yang memang terbukti dah pun sangat membantu manjaga gred kita. Kalau nak Azie senaraikan satu-satu memang banyak. Antaranya, jaga hubungan sesama manusia, call mak sebelum exam, dengar surah al Rahman untuk kuatkan ingatan (mujarab okay tips ni!), ambil breakfast before class, doa banyak-banyak dan lain-lain.

Tapi kalau nak Azie highlight, Azie akan pilih tiga tips yang paling penting iaitu: Jaga hubungan dengan Allah dan ibu bapa, start study awal dan jaga carry mark. InsyaAllah kalau kita master ketiga-tiga ni, bukan setakat dean list, 4flat pun kita akan dapat dengan mudah.

Tolong doakan azie juga supaya dapat 4flat untuk semester yang akan datang. Sebab kalau Azie dapat four flat, lagi senang untuk Azie grad dengan first class honour. Tak perlu bayar PTPTN hehe... Azie doakan semoga anda juga mendapat dean list dan merasa 4flat sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Amiin




Post a Comment

0 Comments