Ujian Psychometrics MARA




Beberapa hari yang lalu, saya menerima mesej daripada seseorang yang mengatakan bahawa kami, para lepasan SPM boleh menyemak tawaran untuk menduduki ujian psychometrics secara atas talian. Saya pun pelik lah, ujian apa pulak ni? Ya la, tak ada pengalaman apa-apa pun sebelum ni, tak pernah ada orang cerita pun tentang ujian ini.Dia tulis kat situ:

Tahniah. Anda telah terpilih untuk menghadiri sesi ujian psychometrics secara atas talian (online) dan ujian temuduga bagi program Ijazah Dalam dan Luar Negara & Cemerlang IPMA sepetimana butiran berikut:-

Ujian Pschometrics secara atas talian (online). Tarikh dan masa ujian mengikut waktu Malaysia.
Tarikh: 16/04/2014
Masa: 2.00pm-3.15pm


So saya pun minta cuti setengah hari demi menduduki ujian ini. Okay agak nervous juga mula-mula. So bila tekan button MULA MENJAWAB keluar lah soalan-soalan nya. Okay lah juga. Basically soalan-soalan dia terbahagi 4 bahagian iaitu IQ, Personaliti, Kenegaraan dan Nilai Murni

IQ
Ada 25 soalan objektif. Kena jawab semua soalan. Dia akan tanya soalan2 untuk menguji minda contohnya soalan maths so ada sedikit pengiraan. Senang je. Macam soalan darjah enam so boleh lah jawab cuma jangan careless sudah la ya

PERSONALITI
Yang ini berkaitan dengan personaliti anda. Dia akan bagi satu sikap diri anda dan anda kena rate sama ada sikap itu SANGAT BETUL, BETUL, SAMA ADA BETUL ATAU SALAH, SALAH atau SANGAT SALAH. Ada 47 soalan objektif

KENEGARAAN
Secara asasnya, saya boleh simpulkan yang bahagian ini akan keluar soalan2 tentang Kerajaan Malaysia contohnya konsep raja berpelembagaan, kuasa Yang di Pertuan Agong dan lain-lain (boleh baca dalam buku teks Sejarah tingkatan 5), dan tentang MARA. Sebaiknya kawan-kawan buat research tentang MARA dulu, contohnya baca tentang logo MARA, lagu, pengarah. boleh tanya dengan pak cik Google aje ya. hehe Kesemua sekali dalam bahagian ini ada 28 soalan objektif)

Nilai Murni
Bahagian ini ada 20 soalan. Ini part yang menyedihkan buat saya sebab belum sempat saya menjawab bahagian ini internet saya sudah hang dan tak boleh nak buat apa dah, so benda tu dah mati dengan sendirinya. Bila saya cuba buka balik website itu, saya tak boleh masuk dan jawab soalan2 itu lagi sekali. Sangat menyedihkan...

TIPS

-Pastikan kawan-kawan jawab ujian ini pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
-Patikan internet yang digunakan dalam keadaan baik agar tidak tersekat-sekat.
-Jangan tekan bukan refresh semasa menduduki ujian. Saya tak tekan button refresh pun benda tu hilang. Cuba bayangkan kalo kawan-kawan tekan...
-Sila tekan butang HANTAR pada bahagian NILAI MURNI selepas menjawab semua soalan.

Saya pun tak tahu apa status ujian saya tu sama ada sudah di hantar atau belum. Sebabnya, bila saya nak masuk balik ke dalam website soalan tu, dah tak boleh pulak. so saya harap dengan adanya entry ini, kawan-kawan yang lain boleh la jadikan ia sebagai pedoman agar berlaku perkara yang sama. Saya pun hanya berserah kepada dan bertawakal kepada Allah.

Lots of Love,
Noor Aziemah




Post a Comment

1 Comments

  1. Jadi apa yang terjadi
    Adakah lulus
    Sebb saya hadapi perkara yang sama cuma saya sempat siapkan semua tetapi button hantar tak tekan

    ReplyDelete