Kelebihan Malam Nisfu Syaaban

Alhamdulillah. Malam tadi Azie sempat mengikuti kelas agama online di Facebook Sheikh Dr Omar Kalash al-Husainyy tentang cara-cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban. So sekarang Azie nak share dengan pembaca blog Azie semua tentang ilmu-ilmu yang Azie dapat supaya kita sama-sama boleh belajar dan beramal.


Bank Rakyat on Twitter: "Bulan Syaaban mempunyai beberapa ...

Credit: Google


Bulan Syaaban adalah bulan ke 8 dalam kalendar Islam dan Bulan Syaaban akan mengingatkan kita tentang bulan Ramadhan yang datang selepasnya. Apabila masuknya bulan Syaaban, para Salafussolihin akan memperbanyakkan bacaan al-Quran, memperbanyakkan sedekah dan memperbanyakkan membuat amalan soleh sebagai persediaan untuk menyambut bulan Ramadhan.


Rasulullah Memperbanyakkan Puasa Sunat di Bulan Syaaban

Nabi Muhammad sendiri akan memperbanyakkan puasa sunat seperti yang diperkatakan oleh Saidatina A'isyah dalam riwayat al-Bukhari (dalam bab puasa di bulan Syaaban).

"Rasulullah صلى الله عليه وسلم memperbanyakkan puasa sunat di bulan Syaaban lebih banyak daripada di bulan-bulan yang lain sehinggakan pada sesetengah tahun, baginda puasa sunat di bulan Syaaban kesemuanya"

Ada seorang sahabat yang bernama Usamah Ibn Zaid telah berkata kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم (yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al Baihaqi dalam Kitab Syuabul Iman):

"Ya Rasulullah, saya tidak pernah melihat kamu memperbanyakkan puasa sunat di satu bulan seperti kamu memperbanyakkan puasa sunat di bulan Syaaban"

Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab: "Bulan Syaaban ini, adalah satu bulan yang diapit antara dua bulan, iaitu bulan Rejab dan bulan Ramadhan. Ramai orang lupa untuk membuat amal soleh di dalamnya. Amalan-amalan diangkat dalam bulan Syaaban ke langit yang dimuliakan oleh Allah. Dan aku suka amalanku di angkat dalam keadaan aku sedang berpuasa"



Credit: Google


Cara Menghidupkan Malam Nisfu Syaaban

Dalam bulan Syaaban ada satu malam yang istimewa yang disebut sebagai malam Nisfu Syaaban. Nisfu Syaaban adalah hari ke-15 pada bulan Syaaban dan malam Nisfu Syaaban adalah malam sebelumnya. Ia adalah satu malam yang sangat istimewa dan mempunyai banyak keberkatan. Satu malam yang mana doa-doa menjadi mustajab. 

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Najah bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

"إذا كانت ليلة النصف من شعبان فقوموا ليلها وصوموا نهارها" رواه ابن ماجه

Mafhumnya: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban (yakni malam yang keesokannya siang 15 Syaaban) maka kamu gunalah dengan melakukan ketaatan pada malamnya, dan kamu berpuasalah pada keesokkan harinya". Riwayat oleh Ibn Majah.

1. Menuntut Ilmu Agama

Antara ketaatan yang boleh dibuat adalah belajar ilmu agama melalui guru yang betul. Pahala mempelajari ilmu agama ini sangat besar seperti yang dikatakan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم kepada Abu Dzar:

"Wahai Abu Dzar, jika kamu pergi dan belajar satu ayat daripada al-Quran, maka pahalanya lebih besar daripada solat sunat 100 rakaat. Dan jika kamu pergi dan belajar satu bab daripada ilmu agama, maka pahalanya lebih besar daripada solat sunat 1000 rakaat"

Untuk kita solat sunat sebanyak 100 rakaat pasti mengambil masa yang sangat lama bahkan pasti lebih lama berbanding tempoh yang diambil untuk menuntut ilmu agama. Tetapi Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjamin bahawa pahala menuntut ilmu agama itu sendiri lebih besar nilainya berbanding solat sunat 100 rakaat. Maka, marilah kita memperbanyakkan menuntut ilmu agama di bulan Syaaban ini.



Credit: Google


2. Mendirikan Solat Sunat

Selain menuntut ilmu, kita juga boleh menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat fardhu Isyak dan kemudian disambung dengan solat sunat witir. Sekiranya kita telah biasa melakukan solat sunat tahajud pada sepertiga malam selepas bangun tidur, maka solat witir itu digalakkan untuk dibuat selepas solat sunat pada sepertiga malam itu yakni sebelum solat subuh. 

Tetapi jika kita tak biasa bangun malam untuk solat sunat tahajud dan khuwatir tidak bangun untuk solat di sepertiga malam, maka dibolehkan solat witir selepas solat sunat dua rakaat selepas solat fardhu isyak. Jom kita amalkan sikit-sikit. Walaupun sekadar 2 rakaat saja, tapi hendaklah kita manfaatkan malam Nisfu Syaaban dengan mendirikan solat sunat ini. 

3. Memperbanyakkan Doa

Doa juga merupakan salah satu ibadah yang mempunyai pahala besar seperti ibadah solat dan ibadah-ibadah lain. Ulama Salafussolihin berkata, doa itu mustajab pada lima malam iaitu malam jumaat, malam hari raya Aidil Fitri, malam hari raya Aidil Adha, malam pertama daripada bulan rejab dan malam Nisfu Syaaban.



Credit: FB Kajian Ilmiah Ahli Sunnah


Cara-cara berdoa yang betul adalah dimulakan dengan menyebut Alhamdulillah, diikuti dengan selawat dan salam kepada baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Kemudian jika dibaca dalam bahasa Arab hendaklah mengikut makhraj yang betul. Dan akhir sekali hendaklah ikhlas berdoa kerana Allah.

Allah telah berfirman dalam surah al-A'raf yang menyuruh kita berdoa dan meminta dari-Nya dengan perasaan takut kepada Allah, dengan rasa cinta kepada Allah, dan dengan mengingati bahawa Allah yang mencipta segala sesuatu dan segala manfaat serta segala mudarat yang berlaku adalah dengan kehendak-Nya.


Antara doa-doa yang terbaik yang boleh dibacakan pada malam Nisfu Syaaban:


١- اللهم آتِنا في الدنيا حَسَنَة، وفي الآخِرَةِ حَسَنَة، وقِنَا عَذَابَ النار.

٢- اللهم إني أسألُكَ الهُدَى والتُّقَى والعَفَافَ والغِنَى.

٣- اللهم مُصرِّفَ القلوبِ صَرِّفْ قلوبَنا على طاعتِك.

٤- اللهم إنِّي أعوذُ بك من جَهْدِ البلاء، ودَرَكِ الشقاء، وسوءِ القضاء، وشماتةِ الأعداء.

٥- اللهم أصلِحْ لي ديني الذي هو عِصْمَةُ أمري، وأصلِحْ لي دُنيايَ التي فيها مَعَاشي، وأصلِحْ لي آخِرَتي التي فيها مَعَادي، واجْعَلِ الحياةَ زيادةً لي في كلِّ خير، واجْعَلِ الموتَ راحةً لي 
من كلِّ شرّ.

٦- اللهم آتِ نفسي تَقواها، وزَكِّها أنتَ خيرُ مَن زكاها، أنتَ وَلِيُّها ومَوْلاها.

٧- اللهم إنِّي أعوذُ بكَ مِن زَوَالِ نِعْمَتِك، وتَحَوُّل عافِيَتِك، وفُجَاءةِ نِقْمَتِك، وجَمِيعِ سَخَطِك.

٨- اللهم اغْفِرْ لي خَطِيئتي، وجَهْلي، وإسْرافي في أمري، وما أنتَ أعلَمُ بِهِ مِنِّي، اللهم اغْفِرْ لي جِدِّي وهَزْلي، وخَطَئي وعَمْدي، وكلُّ ذلِكَ عِنْدي، اللهم اغْفِرْ لي ما قَدَّمْتُ وما أَخَّرْتُ، وما أَسْرَرْتُ وما أَعْلَنْتُ، وما أنتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، أنتَ المُقَدِّمُ وأنتَ المُؤخِّر، وأنتَ على كلِّ شيءٍ قدير.

٩- اللهم إنِّي أعوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لا يَنْفَع، ومِنْ قلبٍ لا يَخْشَع، ومِنْ نَفْسٍ لا تَشْبَع، ومِنْ دَعْوَةٍ لا يُسْتَجَابُ لها.

١٠- اللهم اكْفِنِي بحلالِكَ عَنْ حَرَامِك، وأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاك.



Banyakkan amalan ketaatan yang boleh dibuat semasa malam Nisfu Syaaban. Jom kita amalkan. Mudah-mudahan amalan kita di bulan Syabaan ini dapat dijadikan persediaan untuk kita masuk bulan Ramadhan.

Post a Comment

0 Comments